_________________________________________________________________________
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. - YES
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. - Ooo..Tidak for me..aku nak dia dengar aku membebel..after that baru ai boleh tenang..boleh?? hahaha
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). - Yer rasanya..
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. - Agree rasanya..hehehe
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! - maybe..tapi idok in front of him..
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. - ahakz..ai malu..so siler jangan puji..puji dalam ati jer..ahaks..
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja. - entah ler plerkk..
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. - no komen..takde experience..
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. - Yurp..ai guess..
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. - Hmmm...
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. - Yer..betul..terutama kalau kita niat nak gurau dia anggap series..huh..amat mencik!!
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. - ye ker??
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. - erk???
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. - mungkin..
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. - Haaaa...tau takpe..
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. - erk???
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! - Yerrrrr...BETUL!!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. - Hmmm...
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. - Sometimes benda yang tak biasa buat tu akan jadi sesuatu yang lebih bermakna..
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. - ooo..idok..aku cari muka aku dulu..sebab nak tengok elok ke tak muka aku dalam tu..huhuhu
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! - Ermmmmm...
22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. - Yup..hmmmm...
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. - Mungkin..
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. - Uhffff...nih pon aku tak mo komen..
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. - Haruslah..ko tak nak ke??apa punya statement daaa...
27. Senjata wanita adalah airmata!! - Oh Tidak..
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
_____________________________________________________________________________
EnTaH Ler aKU Pon TaK taU Nak kOmeN Pe..YaNg paSTi YaNG bUAt beNDa nIH aKU raSa LaKi..DaN aKU rAsa LaKi Yang BuaT nIH maCaM naK syOk SenDiri Jer deNGan meNcaRi keSaLAhaN PomPuan..eRk?? Ye Ke..KE aKU nIh yaNg teRLALu neGaTIf..Hehehehe..
ReNuNg-ReNunGkaN daN seLamAt berAmaL...Muahahahahaha
~Hmmm...~
2 comments:
yang no 2 tu kite sama..haha..geram kl die buat dunno je kan..hehe..
ahahhaha..
betul tau kina..
kalau saya..saya nak dia dengar apa yang saya nak bebelkan..pastu kalau tak nak minta maaf pon takperr..sebab dah lega..
ehehehe..
alaa..wat pe nak minta maaf..pasnih nanti buat lagi..huh..
Post a Comment